Ucapan Pendahuluan Yang Di-Pertua

As'salamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka 752 Tahun, Melaka Maju Fasa II. Seperti yang kita tahu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung atau lebih sinonim dengan nama GPMS merupakan satu badan gabungan yang ditubuhkan bagi memperjuangkan hak orang melayu terutamanya pelajar melayu. GPMS Caw Khas KAYM merupakan sebuah cawangan khas yang diamanahkan untuk melahirkan program-program yang membantu pelajar disamping melahirkan para pemimpin dikalangan pelajar. Sama seperti yang dikatakan oleh mantan Presiden GPMS Kebangsaan Tuan Haji Jais Abdul Karim "GPMS sebenarnya dikenalpasti sebagai gedung untuk melahirkan pemimpin dan untuk itu juga, kami akan meneruskan tradisi melahirkan lebih ramai mahasiswa yang berkebolehan untuk menjadi pemimpin. Malah, kami juga akan memperkasakan pelbagai program di peringkat cawangan bagi memperkuatkan lagi GPMS." GPMS Caw Khas KAYM juga mendukung satu dasar dalam membentuk persatuan dimana dasar membantu pelajar melayu dalam menjadi graduan minda kelas pertama yang lengkap dari segi kokorikulum dan kukurikulum. Akhir kata, saya selaku Yang Dipertua GPMS Cawangan Khas KAYM mengucapkan selamat maju jaya dan semoga dapat berkhidmat dengan sebaik mungkin bagi meneruskan kejayaan kepimpinan mantan yang lepas agar GPMS Caw Khas KAYM menjadi cawangan paling berjaya di peringkat Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka malah turut berjaya dalam sejarah GPMS Cawangan Khas.

"Belajar Terus Belajar, Singa Perjuangan Bangsa"
UCAPAN ALUAN YANG DI-PERTUA GPMS CAWANGAN KHAS KAYM

Saturday 25 July 2015

KONVOI RAYA 2015

25 Julai 2015
Melaka & Johor

Alhamdulillah, seperti tahun-tahun kebiasaanya, GPMS Caw Khas KAYM tidak pernah melepaskan peluang meraikan Aidilfitri bersama-sama sahabat yang lain. Seperti tahun-tahun sudah, setiap kali menjelang Syawal, kami akan mengadakan konvoi raya semperna Hari Raya Aidilfitri dan akan menziarahi kediaman ahli-ahli GPMS sendiri. 















Thursday 16 July 2015

UCAPAN RAYA AIDILFITRI 2015 GPMS CAW KHAS KAYM

17 Julai 2015
Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka

Ucapan Raya Yang Di Pertua GPMS Caw Khas KAYM
Muhammad Syaifful Bin Azahar


Sempena hari lebaran yang menjelang ini, saya selaku YDP GPMS caw khas KAYM sesi 15/16 mewakili barisan kepimpinan GPMS caw khas KAYM 15/16 mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri bagi yang beragama islam serta memohon ribuan kemaafan kepada semua khususnya warga KAYM dan GPMS.

Ayuh sama-sama kita jadikann lebaran kali ni sebagai satu titik permulaan untuk kita meleraikan segala persengketaan sesama kita. Suburkn dakam jiwa kita sikap toleransi, pemaaf dan tanggungjawab dan sentiasa mempraktikkan nilai-nilai murni. Singkirkan dari jiwa kita sifat-sifat negatif yang akhirnya tidak menguntungkan sesiapa. Semoga lebaran kali ini lebih baik dari sebelumnya. Sambutlah salam,cinta, dan sayang dari kabinet GPMS kAYM sesi 15/16. Marilah kita sama-sama bersatu bergabung tenaga dan usaha dalam mentransformasikn pembangunan mahasiswa seterusnya memperkasakan kebajikan kita bersama.

Ucapan Raya Timbalan Yang Dipertua GPMS Caw Khas KAYM
Nuraini Binti Rajab


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Setelah sebulan berpuasa menahan lapar, dahaga dan nafsu kita dibulan yang barakah bulan ramadhan, akhirnya tibalah sudah bulan syawal yang mulia. Dalam kita bergembira meraikan hari lebaran ini, janganlah dilupa mereka yang telah tiada dan saudara-mara kita yang menyambut hari raya dengan tangisan air mata sayu dek kehilangan insan yang tersayang. Misalnya, keluarga mangsa tragedi MH370 dan MH17, mangsa bencana alam dan saudara kita di bumi Palestine. Marilah bersama menyedekahkan Al-Fatihah buat mereka.

Selain itu, buat mereka yang pulang ke kampung halaman pandulah dengan cermat. Biarlah lambat asalkan selamat. Semoga selamat sampai dalam perjalanan menuju destinasi.

Akhir sekali, cuba kita campakkan sebiji guli ke dalam sungai di bawah jambatan. Kemudian, kita cuba selam kembali ntuk mendapatkannya semula. Agak-agaknya dapat tak? Macam itulah payahnya untuk mencari semula  seseorang insan yang pernah kita aniaya di padang mahsyar nanti.

Oleh itu, sebelum saya terpaksa merangkak di bawah terik panas matahari di padang 'Masyhar' untuk mencari orang-orang yang telah saya sakiti hatinya,  sebaiknya dikesempatan ini saya menghulur sepuluh jari memohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki dari sekecil hingga sebesar dosa saya kepada semua yg mengenal diri ini. Maafkan segala salah tingkah laku, kata-kata yang telah mengguris hati sesiapa secara sengaja atau tidak sengaja, selama mengenali diri ini.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Ampun Maaf Zahir dan Batin

Ucapan Ketua Penerangan
Muhammad Firdaus Bin Othman



Aidilfitri kini menjelang tiba, hari raya adalah hari kemenangan umat Islam. Hari yang mengingatkan kita akan erti kesyukuran, erti muafakat dan erti sebenar ukhwah yang dibina sesama kita. Dengan tibanya bulan Syawal ini, sama ada didesa mahupun dibandar ; dimana jua kita berada haruslah sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang ada bahkan jangan lupa juga pada mereka yang serba kekurangan. 

Saya Ketua Penerangan GPMS Caw Khas KAYM memohon maaf zahir & batin kepada warga KAYM dan seluruh keluarga GPMS seandainya sepanjang saya menjalankan tanggungjawab dan tugas telah menguris hati semua pihak. Sejujurnya saya hanya manusia biasa yang sentiasa terdedah dengan kesilapan. Buang yang keroh dan ambil yang jernih. 

Kosong Kosong.