Ucapan Pendahuluan Yang Di-Pertua

As'salamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka 752 Tahun, Melaka Maju Fasa II. Seperti yang kita tahu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung atau lebih sinonim dengan nama GPMS merupakan satu badan gabungan yang ditubuhkan bagi memperjuangkan hak orang melayu terutamanya pelajar melayu. GPMS Caw Khas KAYM merupakan sebuah cawangan khas yang diamanahkan untuk melahirkan program-program yang membantu pelajar disamping melahirkan para pemimpin dikalangan pelajar. Sama seperti yang dikatakan oleh mantan Presiden GPMS Kebangsaan Tuan Haji Jais Abdul Karim "GPMS sebenarnya dikenalpasti sebagai gedung untuk melahirkan pemimpin dan untuk itu juga, kami akan meneruskan tradisi melahirkan lebih ramai mahasiswa yang berkebolehan untuk menjadi pemimpin. Malah, kami juga akan memperkasakan pelbagai program di peringkat cawangan bagi memperkuatkan lagi GPMS." GPMS Caw Khas KAYM juga mendukung satu dasar dalam membentuk persatuan dimana dasar membantu pelajar melayu dalam menjadi graduan minda kelas pertama yang lengkap dari segi kokorikulum dan kukurikulum. Akhir kata, saya selaku Yang Dipertua GPMS Cawangan Khas KAYM mengucapkan selamat maju jaya dan semoga dapat berkhidmat dengan sebaik mungkin bagi meneruskan kejayaan kepimpinan mantan yang lepas agar GPMS Caw Khas KAYM menjadi cawangan paling berjaya di peringkat Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka malah turut berjaya dalam sejarah GPMS Cawangan Khas.

"Belajar Terus Belajar, Singa Perjuangan Bangsa"
UCAPAN ALUAN YANG DI-PERTUA GPMS CAWANGAN KHAS KAYM

Sunday 28 September 2014

KEM SANTAI TRANSFORMASI GPMS CAW KHAS KAYM

27 - 28 September k2014
Kem Rabiatul Adawiyah
Durian Tunggal

Dalam proses membentuk sebuah organisasi atau persatuan yang memiliki kualiti dan mampu melahirkan ramai pemimpin, kepimpinan GPMS Caw Khas Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka telah merencana sebuah kem kepimpinan berbentuk santai yang diberi nama Kem Santai Transformasi. 

Kem yang berbentuk santai tetapi penuh impak dari segi fizikal, mental dan rohani ini telah dijayakan selama dua hari di Chalet Bina Insan Rabiatul Adawiyah, Durian Tunggal. Pelbagai konsep dan aktiviti telah diadakan semasa kem berlangsung seperti "Blue Clues", Ice-breaking, Jungle Tracking dan lain-lain. Kem yang dihadiri semua ahli GPMS telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah yang timbul.

Peserta telah diberi pendedahan berkenaan kepentingan tanggungjawab, amanah, kerjasama, displin, ketahanan fizikal dan mental serta mendekatkan diri dengan alam semulajadi. Alhamdulillah semuanya berjaya dan sedikit sebanyak mampu meninggalkan impak dan sedikit sebanyak mampu melahirkan sifat kepimpinan didalam diri peserta ; Sama dengan objektif persatuan dimana ingin melahirkan lebih ramai mahasiswa/wi yang mampu menjadi seorang pemimpian yang berkualiti.