Ucapan Pendahuluan Yang Di-Pertua

As'salamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka 752 Tahun, Melaka Maju Fasa II. Seperti yang kita tahu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung atau lebih sinonim dengan nama GPMS merupakan satu badan gabungan yang ditubuhkan bagi memperjuangkan hak orang melayu terutamanya pelajar melayu. GPMS Caw Khas KAYM merupakan sebuah cawangan khas yang diamanahkan untuk melahirkan program-program yang membantu pelajar disamping melahirkan para pemimpin dikalangan pelajar. Sama seperti yang dikatakan oleh mantan Presiden GPMS Kebangsaan Tuan Haji Jais Abdul Karim "GPMS sebenarnya dikenalpasti sebagai gedung untuk melahirkan pemimpin dan untuk itu juga, kami akan meneruskan tradisi melahirkan lebih ramai mahasiswa yang berkebolehan untuk menjadi pemimpin. Malah, kami juga akan memperkasakan pelbagai program di peringkat cawangan bagi memperkuatkan lagi GPMS." GPMS Caw Khas KAYM juga mendukung satu dasar dalam membentuk persatuan dimana dasar membantu pelajar melayu dalam menjadi graduan minda kelas pertama yang lengkap dari segi kokorikulum dan kukurikulum. Akhir kata, saya selaku Yang Dipertua GPMS Cawangan Khas KAYM mengucapkan selamat maju jaya dan semoga dapat berkhidmat dengan sebaik mungkin bagi meneruskan kejayaan kepimpinan mantan yang lepas agar GPMS Caw Khas KAYM menjadi cawangan paling berjaya di peringkat Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka malah turut berjaya dalam sejarah GPMS Cawangan Khas.

"Belajar Terus Belajar, Singa Perjuangan Bangsa"
UCAPAN ALUAN YANG DI-PERTUA GPMS CAWANGAN KHAS KAYM

Thursday, 18 September 2014

PROGRAM FIT MALAYSIA PERINGKAT NEGERI MELAKA ANJURAN KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN - GPMS Caw Khas KAYM TURUN PADANG SERTAI FIT MALAYSIA

14 September 2014
Dataran Pahlawan
Banda Hilir

Dengan usaha menjadikan Negara Malaysia sebuah Negara yang bersukan dimana rakyatnya mengamalkan gaya hidup yang sihat, pihak Kementerian Belia Dan Sukan telah merencana sebuah Program FIT Malaysia Peringkat Negeri Melaka yang bertempat di Dataran Pahlawan, Banda Hilir. 

Di sini, GPMS Caw Khas KAYM turut tidak melepaskan peluang menyertai beberapa acara yang di anjurkan antaranya 'Body Cambath', 'Zumba', 'Fitness Test', 'Body Balance', 'FIT Malaysia Ride', senamrobik, acara larian sejauh 5 kilometer dan banyak lagi. Antara tetamu kehormat yang hadir adalah Menteri Belia Dan Sukan iaitu YB Khairy Jamaluddin, Timbalan Exco Belia Dan Warisan Negeri Melaka iaitu YB Datuk Hjh Norpipah Binti Abdol. 




























No comments:

Post a Comment