Ucapan Pendahuluan Yang Di-Pertua

As'salamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka 752 Tahun, Melaka Maju Fasa II. Seperti yang kita tahu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung atau lebih sinonim dengan nama GPMS merupakan satu badan gabungan yang ditubuhkan bagi memperjuangkan hak orang melayu terutamanya pelajar melayu. GPMS Caw Khas KAYM merupakan sebuah cawangan khas yang diamanahkan untuk melahirkan program-program yang membantu pelajar disamping melahirkan para pemimpin dikalangan pelajar. Sama seperti yang dikatakan oleh mantan Presiden GPMS Kebangsaan Tuan Haji Jais Abdul Karim "GPMS sebenarnya dikenalpasti sebagai gedung untuk melahirkan pemimpin dan untuk itu juga, kami akan meneruskan tradisi melahirkan lebih ramai mahasiswa yang berkebolehan untuk menjadi pemimpin. Malah, kami juga akan memperkasakan pelbagai program di peringkat cawangan bagi memperkuatkan lagi GPMS." GPMS Caw Khas KAYM juga mendukung satu dasar dalam membentuk persatuan dimana dasar membantu pelajar melayu dalam menjadi graduan minda kelas pertama yang lengkap dari segi kokorikulum dan kukurikulum. Akhir kata, saya selaku Yang Dipertua GPMS Cawangan Khas KAYM mengucapkan selamat maju jaya dan semoga dapat berkhidmat dengan sebaik mungkin bagi meneruskan kejayaan kepimpinan mantan yang lepas agar GPMS Caw Khas KAYM menjadi cawangan paling berjaya di peringkat Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka malah turut berjaya dalam sejarah GPMS Cawangan Khas.

"Belajar Terus Belajar, Singa Perjuangan Bangsa"
UCAPAN ALUAN YANG DI-PERTUA GPMS CAWANGAN KHAS KAYM

Friday 6 November 2015

KEM LEPASAN PT3 'SELANGKAH UNTUK TERUS BERJAYA' SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO' ABDUL RAHMAN YAAKUB (SDARY)

4, 5 Dan 6 November 2015
SMK Dato Abdul Rahman Yaakub
Merlimau

Alhamdulillah, selama tiga hari dan dua malam GPMS Caw Khas KAYM telah berkampung bagi menjayakan Kem Lepasan PT3 yang melibatkan 200 orang pelajar Tingkatan 3 dan pada sesi petang yang melibatkan hampir 60 orang pelajar asrama pula. Ini merupakan satu kem bagi mengajar pelajar-pelajar untuk mengenal potensi diri, ilmu komunikasi, kemahiran, dan displin disamping menghilangkan tekanan pelajar yang masih segar dengan PT3.

Pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan sepanjang tiga hari dan dua malam misalnya Amazing Race, My Team versus Saboteur, Lantai Beracun, Malam Penghayatan, Kereta Api Belon, Ceramah, Perbentangan, dan banyak lagi. Program ini telah melibatkan 16 orang para fasilitator dan telah dibantu oleh warden dan kaunselor sekolah dalam pengurusan Kem dan pendaftaran pelajar.

Akhir kata, kepimpinan GPMS Caw Khas KAYM amat berharap dan berdoa akan kejayaan peserta-peserta yang terlibat. Semoga apa yang diterapkan sepanjang tiga hari dan dua malam mampu membentuk kemahiran, displin dan jati diri untuk menjadi pelajar yang lebih berwawasan dengan misi dan visi yang jelas disamping tahu hala tuju untuk menempah kejayaan dalam SPM, InsyaAllah.


































































































No comments:

Post a Comment