Ucapan Pendahuluan Yang Di-Pertua

As'salamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka 752 Tahun, Melaka Maju Fasa II. Seperti yang kita tahu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung atau lebih sinonim dengan nama GPMS merupakan satu badan gabungan yang ditubuhkan bagi memperjuangkan hak orang melayu terutamanya pelajar melayu. GPMS Caw Khas KAYM merupakan sebuah cawangan khas yang diamanahkan untuk melahirkan program-program yang membantu pelajar disamping melahirkan para pemimpin dikalangan pelajar. Sama seperti yang dikatakan oleh mantan Presiden GPMS Kebangsaan Tuan Haji Jais Abdul Karim "GPMS sebenarnya dikenalpasti sebagai gedung untuk melahirkan pemimpin dan untuk itu juga, kami akan meneruskan tradisi melahirkan lebih ramai mahasiswa yang berkebolehan untuk menjadi pemimpin. Malah, kami juga akan memperkasakan pelbagai program di peringkat cawangan bagi memperkuatkan lagi GPMS." GPMS Caw Khas KAYM juga mendukung satu dasar dalam membentuk persatuan dimana dasar membantu pelajar melayu dalam menjadi graduan minda kelas pertama yang lengkap dari segi kokorikulum dan kukurikulum. Akhir kata, saya selaku Yang Dipertua GPMS Cawangan Khas KAYM mengucapkan selamat maju jaya dan semoga dapat berkhidmat dengan sebaik mungkin bagi meneruskan kejayaan kepimpinan mantan yang lepas agar GPMS Caw Khas KAYM menjadi cawangan paling berjaya di peringkat Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka malah turut berjaya dalam sejarah GPMS Cawangan Khas.

"Belajar Terus Belajar, Singa Perjuangan Bangsa"
UCAPAN ALUAN YANG DI-PERTUA GPMS CAWANGAN KHAS KAYM

Saturday 21 September 2013

PROGRAM FUTSAL TERTUTUP

21 Ogus 2013
Futsal Spots Planet Cheng

Bertempat di Futsal Spots Planet Cheng, GPMS caw Khas KAYM yang dipimpin oleh Ydp Ismail Fadzil telah mengajurkan sebuah program berbentuk kesukanan. Program Futsal Tertutup yang julung kalinya diadakan telah mendapat pelbagai reaksi dan juga sambutan yang amat luar biasa dikalangan pelajar dan juga GPMS Negeri Melaka. Sebanyak 29 buah pasukan yang terlibat dalam kejohanan Futsal dan rata-rata pemain adalah pelajar baru. Pengambilan pelajar baru sebagai peserta adalah syarat dan objektif utama program kali ini dengan tujuan untuk memperkenalkan GPMS kepada mereka sambil memupuk semangat kesukanan dikalangan pelajar serta semangat kekeluargaan ahli GPMS sendiri. Pelbagai hadiah telah ditawarkan antaranya trofi, sijil, dan wang tunai kepada juara sehingga tempat ke-4.



































PROGRAM SAYA ANAK MALAYSIA

19 September 2013
Sekolah Menengah Teknik Melaka

Bertempat di Sekolah Menengah Teknik Melaka, GPMS Negeri Melaka telah mengadakan sebuah Program berbentuk patriotik semperna Hari Malaysia yang baru sahaja berlangsung. Program yang diberi nama Kami Anak Malaysia merupakan sebuah program ceramah bagi memupuk semangat patriotik dikalangan pelajar dan menekankan mengenai wawasan anak muda yang disampaikan oleh Dr. Jasmi bin Ahmad, penceramah bebas dan pensyarah sambilan KUIM.












PROGRAM PEMANTAPAN ISANIAH SEKOLAH MENENGAH JENIS KEBANGSAAN PULAU SEBANG

24 Ogus 2013
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Pulau Sebang

Anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Persatuan Agama Islam dengan kerjasama GPMS. Bertempat di dewan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Pulau Sebang dimana seramai 8 orang ahli GPMS Negeri Melaka telah ditugaskan menjadi fasilitator pada program yang bermula pada 8.00 pagi sehingga 4.00 petang.