Ucapan Pendahuluan Yang Di-Pertua

As'salamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka 752 Tahun, Melaka Maju Fasa II. Seperti yang kita tahu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung atau lebih sinonim dengan nama GPMS merupakan satu badan gabungan yang ditubuhkan bagi memperjuangkan hak orang melayu terutamanya pelajar melayu. GPMS Caw Khas KAYM merupakan sebuah cawangan khas yang diamanahkan untuk melahirkan program-program yang membantu pelajar disamping melahirkan para pemimpin dikalangan pelajar. Sama seperti yang dikatakan oleh mantan Presiden GPMS Kebangsaan Tuan Haji Jais Abdul Karim "GPMS sebenarnya dikenalpasti sebagai gedung untuk melahirkan pemimpin dan untuk itu juga, kami akan meneruskan tradisi melahirkan lebih ramai mahasiswa yang berkebolehan untuk menjadi pemimpin. Malah, kami juga akan memperkasakan pelbagai program di peringkat cawangan bagi memperkuatkan lagi GPMS." GPMS Caw Khas KAYM juga mendukung satu dasar dalam membentuk persatuan dimana dasar membantu pelajar melayu dalam menjadi graduan minda kelas pertama yang lengkap dari segi kokorikulum dan kukurikulum. Akhir kata, saya selaku Yang Dipertua GPMS Cawangan Khas KAYM mengucapkan selamat maju jaya dan semoga dapat berkhidmat dengan sebaik mungkin bagi meneruskan kejayaan kepimpinan mantan yang lepas agar GPMS Caw Khas KAYM menjadi cawangan paling berjaya di peringkat Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka malah turut berjaya dalam sejarah GPMS Cawangan Khas.

"Belajar Terus Belajar, Singa Perjuangan Bangsa"
UCAPAN ALUAN YANG DI-PERTUA GPMS CAWANGAN KHAS KAYM

Monday 11 January 2016

JEMPUTAN MAJLIS PECAH TANAH BANGUNAN YAYASAN MELAKA

11 Januari 2016
Jalan Tun Ali, Melaka

Pada pembukaan tahun 2016 ini, GPMS Caw Khas KAYM dianggap telah memulakan tahun 2016 dengan langkah kanan apabila mendapat jemputan daripada pihak Yayasan Melaka untuk menghadiri Majlis Pecah Tanah Bangunan Yayasan Melaka pada 11 Januari 2016 iaitu tarikh yang sama berkuatkuasanya kempinpinan organisasi baru 2016/2017.

Majlis yang turut menjemput IPT lain ini telah berlangsung dengan meriah di hadapan Graha Maju, Jalan Tun Ali berhampiran Kampus UiTM Kampus Bandaraya. Ramai tetamu yang turut hadir seperti pihak Bank Rakyat, Pengurus Besar Yayasan Melaka dan ramai lagi.

Majlis ini dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Ir Hj. Idris Bin Hj. Haron iaitu Ketua Menteri Melaka yang juga merangkap Pengerusi Yayasan Melaka. Selain daripada tayangan Montaj, majlis turut mengadakan pertandingan cabutan bertuah, persembahan nasyid dan bacaan ayat-ayat suci Al Quran.



















No comments:

Post a Comment