Ucapan Pendahuluan Yang Di-Pertua

As'salamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka 752 Tahun, Melaka Maju Fasa II. Seperti yang kita tahu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung atau lebih sinonim dengan nama GPMS merupakan satu badan gabungan yang ditubuhkan bagi memperjuangkan hak orang melayu terutamanya pelajar melayu. GPMS Caw Khas KAYM merupakan sebuah cawangan khas yang diamanahkan untuk melahirkan program-program yang membantu pelajar disamping melahirkan para pemimpin dikalangan pelajar. Sama seperti yang dikatakan oleh mantan Presiden GPMS Kebangsaan Tuan Haji Jais Abdul Karim "GPMS sebenarnya dikenalpasti sebagai gedung untuk melahirkan pemimpin dan untuk itu juga, kami akan meneruskan tradisi melahirkan lebih ramai mahasiswa yang berkebolehan untuk menjadi pemimpin. Malah, kami juga akan memperkasakan pelbagai program di peringkat cawangan bagi memperkuatkan lagi GPMS." GPMS Caw Khas KAYM juga mendukung satu dasar dalam membentuk persatuan dimana dasar membantu pelajar melayu dalam menjadi graduan minda kelas pertama yang lengkap dari segi kokorikulum dan kukurikulum. Akhir kata, saya selaku Yang Dipertua GPMS Cawangan Khas KAYM mengucapkan selamat maju jaya dan semoga dapat berkhidmat dengan sebaik mungkin bagi meneruskan kejayaan kepimpinan mantan yang lepas agar GPMS Caw Khas KAYM menjadi cawangan paling berjaya di peringkat Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka malah turut berjaya dalam sejarah GPMS Cawangan Khas.

"Belajar Terus Belajar, Singa Perjuangan Bangsa"
UCAPAN ALUAN YANG DI-PERTUA GPMS CAWANGAN KHAS KAYM

Thursday 18 December 2014

PROGRAM PECUTAN AKHIR PERDANA MAJLIS SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASSIN PELAJAR UNITAR-KAYM

Jumaat
19 Disember 2014
Ruang Legar 
Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka

Semperna peperiksaan akhir yang bakal diduduki oleh pelajar Unitar yang belajar di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka, pihak Persatuan Mahasiswa Unitar Melaka telah merncana sebuah Majlis Solat Hajat bertempat di ruang legar. Pada majlis penuh keberkatan ini, pihak GPMS Caw Khas KAYM telah melibatkan diri bagi mengimarahkan Majlis Solat Hajat yang berlangsung dengan lancar. Bukan itu sahaja, pihak PMUM juga menggunakan hikmat beberapa tenaga daripada GPMS sebagai pengerusi majlis dan bahagian menyusun sejadah dan tikar. Majlis telah diketuai oleh Tn Haji Mustapha Bin Haji Abdullah yang juga merupakan salah seorang pensyarah di KAYM. Majlis turut dihadiri oleh kakitangan KAYM dan para pensyarah serta tetamu kehormat Encik Aminalrashid Mohd Hussein juga turut hadir dan memberi kata-kata semangat kepada pelajar yang hadir.
















Sunday 7 December 2014

PROGRAM VOLUNTEER SUKARELAWAN IM4U MALAYSIA (MELAKA)

6 Disember 2014
Bukit Serindit
Melaka

Pada 6 Disember 2014 (Sabtu) yang lalu, pihak IM4U Melaka telah menganjurkan sebuah program berbentuk sukarelawan yang telah berlangsung di Bukit Serindit, Melaka. Alhamdulillah, program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pihak belia terutamanya pelajar-pelajar IPT termasuklah pihak GPMS Caw Khas KAYM yang turut menyertai program yang berkonsepkan Alam Sekitar ini. Program yang menekankan penjagaan alam sekitar, menanam anak pokok dan mencantikkan tasik adalah penting bagi melahirkan warganegara yang memiliki sifat sayang akan alam sekitar dan memberi kesedaran kepada belia akan pentingnya menjaga tumbuhan hijau. 

Program ini turut dihadiri oleh banyak IPT dan agensi luar antaranya adalah UTeM, UiTM Jasin, UiTM Kampus Bandar, Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka serta Politeknik Merlimau. Selain itu, antara agensi luar yang turut menjayakan program ini adalah pihak RELA, JPAM dan beberapa badan NGO yang lain. Program bermula jam 8 pagi sehingga jam 12 tengah hari dan telah dirasmikan oleh Encik Azlan Rudy Abdul Malik iaitu Pegawai Operasi IM4U.