Ucapan Pendahuluan Yang Di-Pertua

As'salamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka 752 Tahun, Melaka Maju Fasa II. Seperti yang kita tahu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung atau lebih sinonim dengan nama GPMS merupakan satu badan gabungan yang ditubuhkan bagi memperjuangkan hak orang melayu terutamanya pelajar melayu. GPMS Caw Khas KAYM merupakan sebuah cawangan khas yang diamanahkan untuk melahirkan program-program yang membantu pelajar disamping melahirkan para pemimpin dikalangan pelajar. Sama seperti yang dikatakan oleh mantan Presiden GPMS Kebangsaan Tuan Haji Jais Abdul Karim "GPMS sebenarnya dikenalpasti sebagai gedung untuk melahirkan pemimpin dan untuk itu juga, kami akan meneruskan tradisi melahirkan lebih ramai mahasiswa yang berkebolehan untuk menjadi pemimpin. Malah, kami juga akan memperkasakan pelbagai program di peringkat cawangan bagi memperkuatkan lagi GPMS." GPMS Caw Khas KAYM juga mendukung satu dasar dalam membentuk persatuan dimana dasar membantu pelajar melayu dalam menjadi graduan minda kelas pertama yang lengkap dari segi kokorikulum dan kukurikulum. Akhir kata, saya selaku Yang Dipertua GPMS Cawangan Khas KAYM mengucapkan selamat maju jaya dan semoga dapat berkhidmat dengan sebaik mungkin bagi meneruskan kejayaan kepimpinan mantan yang lepas agar GPMS Caw Khas KAYM menjadi cawangan paling berjaya di peringkat Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka malah turut berjaya dalam sejarah GPMS Cawangan Khas.

"Belajar Terus Belajar, Singa Perjuangan Bangsa"
UCAPAN ALUAN YANG DI-PERTUA GPMS CAWANGAN KHAS KAYM

Thursday 20 February 2014

PROGRAM AWAL MUHARRAM 'PERMULAAN TAHUN ISLAM'

4 November 2013
Madrasah Ar-Syakirin
Taman Perkota


Alhamdullilah, program ini telah berjalan dengan lancarnya seperti yang diharapkan. Program yang telah dilaksanakan ialah Program Awal Muharram ‘ Permulaan Tahun Islam’ 1435 yang telah dilangsungkan pada 4 November 2013 bersamaan 1 Muharram 1435 mengikut tahun islam (Isnin).  Antara objektif program ini dijalankan ialah bagi meraikan sambutan tahun baru Islam ataupun dikenali dengan Awal Muharram. Disamping itu, objektif program ini juga adalah bagi mengenang kisah-kisah bagaimana getir dan sukarnya ujian yang dihadapi oleh baginda Rasullullah S.A.W dan para sahabat semasa berhijrah dari kota Mekah ke kota Madhinah dan bagaimana kalender tahun islam dibentuk. Sehubungan dengan itu, dengan adanya program seperti ini, para mahasiswa/siswi dan komuniti setempat dapat menghayati dan mendalami erti sebenar pengorbanan. Sehubungan itu juga, program ini bertujuan untuk merapatkan ukhuwah diantara komuniti dan mahasiswa/siswi GPMS cawangan KAYM. Dengan ini, untuk mencapai objektif Awal Muharram, maka GPMS cawangan KAYM telah merencanakan suatu program yang berkonsepkan Islamik kepada peserta dan penduduk komuniti setempat













No comments:

Post a Comment