Ucapan Pendahuluan Yang Di-Pertua

As'salamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka 752 Tahun, Melaka Maju Fasa II. Seperti yang kita tahu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung atau lebih sinonim dengan nama GPMS merupakan satu badan gabungan yang ditubuhkan bagi memperjuangkan hak orang melayu terutamanya pelajar melayu. GPMS Caw Khas KAYM merupakan sebuah cawangan khas yang diamanahkan untuk melahirkan program-program yang membantu pelajar disamping melahirkan para pemimpin dikalangan pelajar. Sama seperti yang dikatakan oleh mantan Presiden GPMS Kebangsaan Tuan Haji Jais Abdul Karim "GPMS sebenarnya dikenalpasti sebagai gedung untuk melahirkan pemimpin dan untuk itu juga, kami akan meneruskan tradisi melahirkan lebih ramai mahasiswa yang berkebolehan untuk menjadi pemimpin. Malah, kami juga akan memperkasakan pelbagai program di peringkat cawangan bagi memperkuatkan lagi GPMS." GPMS Caw Khas KAYM juga mendukung satu dasar dalam membentuk persatuan dimana dasar membantu pelajar melayu dalam menjadi graduan minda kelas pertama yang lengkap dari segi kokorikulum dan kukurikulum. Akhir kata, saya selaku Yang Dipertua GPMS Cawangan Khas KAYM mengucapkan selamat maju jaya dan semoga dapat berkhidmat dengan sebaik mungkin bagi meneruskan kejayaan kepimpinan mantan yang lepas agar GPMS Caw Khas KAYM menjadi cawangan paling berjaya di peringkat Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka malah turut berjaya dalam sejarah GPMS Cawangan Khas.

"Belajar Terus Belajar, Singa Perjuangan Bangsa"
UCAPAN ALUAN YANG DI-PERTUA GPMS CAWANGAN KHAS KAYM

Thursday 26 June 2014

AMBANG RAMADHAN ANJURAN HEP DENGAN KERJASAMA PERSATUAN BERDAFTAR DI BAWAH HEP

26 Jun 2014
Ruang Legar 
Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka

Program Ambang Ramadhan edisi 2014 kali ini telah berlangsung dengan meriahnya. Program anjuran pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka dengan kerjasama persatuan GPMS, PSSCM, MPP, PMUM dan lain-lain. Program ini berlangsung pada jam 8.00 pagi sehingga tengah hari. Antara acara yang berlangsung adalah solat dhuha berjemaah, solat hajat, bacaan Yassin dan Tahlil bersama kakitangan KAYM dan pelajar baru Intake ke-5. Antara yang sempat hadir adalah pendaftar KAYM, En Aminalrashid Mohd Hussein, Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Pelajar En Mohamad Nawawi Bin Saad dan pelajar KAYM.




















No comments:

Post a Comment