Ucapan Pendahuluan Yang Di-Pertua

As'salamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka 752 Tahun, Melaka Maju Fasa II. Seperti yang kita tahu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung atau lebih sinonim dengan nama GPMS merupakan satu badan gabungan yang ditubuhkan bagi memperjuangkan hak orang melayu terutamanya pelajar melayu. GPMS Caw Khas KAYM merupakan sebuah cawangan khas yang diamanahkan untuk melahirkan program-program yang membantu pelajar disamping melahirkan para pemimpin dikalangan pelajar. Sama seperti yang dikatakan oleh mantan Presiden GPMS Kebangsaan Tuan Haji Jais Abdul Karim "GPMS sebenarnya dikenalpasti sebagai gedung untuk melahirkan pemimpin dan untuk itu juga, kami akan meneruskan tradisi melahirkan lebih ramai mahasiswa yang berkebolehan untuk menjadi pemimpin. Malah, kami juga akan memperkasakan pelbagai program di peringkat cawangan bagi memperkuatkan lagi GPMS." GPMS Caw Khas KAYM juga mendukung satu dasar dalam membentuk persatuan dimana dasar membantu pelajar melayu dalam menjadi graduan minda kelas pertama yang lengkap dari segi kokorikulum dan kukurikulum. Akhir kata, saya selaku Yang Dipertua GPMS Cawangan Khas KAYM mengucapkan selamat maju jaya dan semoga dapat berkhidmat dengan sebaik mungkin bagi meneruskan kejayaan kepimpinan mantan yang lepas agar GPMS Caw Khas KAYM menjadi cawangan paling berjaya di peringkat Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka malah turut berjaya dalam sejarah GPMS Cawangan Khas.

"Belajar Terus Belajar, Singa Perjuangan Bangsa"
UCAPAN ALUAN YANG DI-PERTUA GPMS CAWANGAN KHAS KAYM

Sunday 15 November 2015

KEM PERMANTAPAN INSANIAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN YAM TUAN RADIN

13, 14 dan 15 November 2015
Sekolah Menengah Kebangsaan Yam Tuan Radin
Springhill, Port Dickson

Syukur kehadrat Ilahi kerna dengan izin-Nya, Kem Permantapan Insaniah SMK Yam Tuan Radin berjalan lancar tanpa sebarang masalah yang timbul. Syukur Alhamdulillah sekali lagi keatas kejayaan menjalankan program fasilitator ini kerana ini merupakan program fasilitator anjuran GPMS Caw Khas KAYM yang kedua berada diluar dari negeri Melaka dimana program seumpama ini pernah dijalankan di Johor sebelum ini dan kami berharap ini akan berterusan untuk kami menabur ilmuan dan kemahiran pada anak-anak Melayu tidak tertumpu hanya di dalam Melaka sebaliknya diberikan peluang untuk menjadi fasilitator di luar Melaka jua.

Kem Permantapan Insaniah ini telah berlangsung selama 3 hari dan 2 malam bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Yam Tuan Radin, Port Dickson, Negeri Sembilan. Dengan membekalkan pelbagai latihan dalam kumpulan dan aktiviti yang menguji minda dan fizikal, program fasilitator ini dianggap sebagai satu kejayaan kepada GPMS Caw Khas KAYM apabila ia dikendalikan sendiri oleh Pengarah baru dan barisan Fasilitator yang juga baru terdiri daripada ahli GPMS Caw Khas KAYM sendiri. Bukan itu sahaja, Kem Permantapan Insaniah ini turut juga ditutup rasmi oleh Encik Jasmy Fardzy Bin Abdul Aziz iaitu Naib Presiden Akademik Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka yang sempat turun dari Melaka bagi memberi sokongan padu pada usaha GPMS Caw Khas KAYM.

Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah Ice Breaking, My Team Versus Saboteur, Junjungan Kehidupan, Malam Penghayatan, Potret Bayangan, Menara Impian, Amazing Race dan banyak lagi. Program ini melibatkan hampir 90 orang pelajar asrama lelaki dan perempuan tingkatan 1 sehingga tingkatan 4 dan alhamdulillah hubungan barisan fasilitator dan peserta kem begitu rapat dan baik.









































































































No comments:

Post a Comment