18 Oktober 2016
Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka
Ayer Keroh, Melaka.
Assalamualaikum W.b.t,
Mesyuarat Agung Tahunan GPMS Cwg. Khas KAYM bagi Tahun 2016 telah pun berjalan dengan jayanya. Sekalung tahniah dan syabas kepada barisan kepimpinan AJKT dan Exco atas pelantikan bagi meneruskan legasi Cwg. Khas KAYM. Mesyuarat Agung Tahunan ini dihadiri oleh Encik Aminalrashid Mohd Hussain, Pendaftar KAYM, Merangkap Penasihat satu (1) GPMS Cwg. Khas KAYM, Encik Mohamad Nawawi Bin Saad Pengurus Besar Hal Ehwal Pelajar KAYM, serta tetamu V.I.P yang sudi hadir bagi menyampaikan amanat dan berkongsi pengalaman beliau.
Entry kali ini diakhiri dengan pesanan daripada Imam Al-Ghazali :
Ingatlah, "bahawa benda yang paling berat di dunia adalah amanah".
Seperti Firman Allah: ” Sesungguhnya kami telah mengemukakan Amanat kepada langit, bumi dan gunung mereka semua enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianati nya, dst”
(Surah Al-Ahzab : 72 ).
Dalam firman Allah itu bermakna: Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi
khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”

Sekian,
Admin
Belajar Terus Belajar, Singa Perjuangan Bangsa.