Ucapan Pendahuluan Yang Di-Pertua

As'salamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka 752 Tahun, Melaka Maju Fasa II. Seperti yang kita tahu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung atau lebih sinonim dengan nama GPMS merupakan satu badan gabungan yang ditubuhkan bagi memperjuangkan hak orang melayu terutamanya pelajar melayu. GPMS Caw Khas KAYM merupakan sebuah cawangan khas yang diamanahkan untuk melahirkan program-program yang membantu pelajar disamping melahirkan para pemimpin dikalangan pelajar. Sama seperti yang dikatakan oleh mantan Presiden GPMS Kebangsaan Tuan Haji Jais Abdul Karim "GPMS sebenarnya dikenalpasti sebagai gedung untuk melahirkan pemimpin dan untuk itu juga, kami akan meneruskan tradisi melahirkan lebih ramai mahasiswa yang berkebolehan untuk menjadi pemimpin. Malah, kami juga akan memperkasakan pelbagai program di peringkat cawangan bagi memperkuatkan lagi GPMS." GPMS Caw Khas KAYM juga mendukung satu dasar dalam membentuk persatuan dimana dasar membantu pelajar melayu dalam menjadi graduan minda kelas pertama yang lengkap dari segi kokorikulum dan kukurikulum. Akhir kata, saya selaku Yang Dipertua GPMS Cawangan Khas KAYM mengucapkan selamat maju jaya dan semoga dapat berkhidmat dengan sebaik mungkin bagi meneruskan kejayaan kepimpinan mantan yang lepas agar GPMS Caw Khas KAYM menjadi cawangan paling berjaya di peringkat Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka malah turut berjaya dalam sejarah GPMS Cawangan Khas.

"Belajar Terus Belajar, Singa Perjuangan Bangsa"
UCAPAN ALUAN YANG DI-PERTUA GPMS CAWANGAN KHAS KAYM

Thursday 10 March 2016

MINGGU KELAB & PERSATUAN KOLEJ ANTARABANGSA YAYASAN MELAKA 2016

                                                           7, 8, 9 & 10 Mac 2016
                                                                  Ruang Legar
                                               Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka

Alhamdulillah dan setinggi-tinggi syukur kehadrat Ilahi kerana telah permudahkan urusan ahli-ahli GPMS Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka semasa mereka menyertai Minggu Kelab & Persatuan Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka yang telah diadakan dan dianjur oleh Hal Ehwal Pelajar Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka yang bermula pada hari Isnin sehingga Khamis.


Semasa empat hari tersebut pelbagai aktiviti-aktiviti yang telah diadakan disamping setiap wakil Kelab & Persatuan membuka booth untuk menjual barang-barang seperti makanan dan lain-lain. Selain itu, terdapat juga acara penyampaian anugerah bagi Kelab & Persatuan yang aktif di dalam dan di luar kampus pada hari pembukaan Minggu Kelab & Persatuan dan GPMS Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka sekali lagi menerima Anugerah Kelab Paling Aktif Di Luar Kampus untuk tahun 2015 dan Muhammad Firdaus Bin Othman telah dipilih sebagai Mahasiswa Paling Aktif di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka.