Ucapan Pendahuluan Yang Di-Pertua

As'salamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka 752 Tahun, Melaka Maju Fasa II. Seperti yang kita tahu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung atau lebih sinonim dengan nama GPMS merupakan satu badan gabungan yang ditubuhkan bagi memperjuangkan hak orang melayu terutamanya pelajar melayu. GPMS Caw Khas KAYM merupakan sebuah cawangan khas yang diamanahkan untuk melahirkan program-program yang membantu pelajar disamping melahirkan para pemimpin dikalangan pelajar. Sama seperti yang dikatakan oleh mantan Presiden GPMS Kebangsaan Tuan Haji Jais Abdul Karim "GPMS sebenarnya dikenalpasti sebagai gedung untuk melahirkan pemimpin dan untuk itu juga, kami akan meneruskan tradisi melahirkan lebih ramai mahasiswa yang berkebolehan untuk menjadi pemimpin. Malah, kami juga akan memperkasakan pelbagai program di peringkat cawangan bagi memperkuatkan lagi GPMS." GPMS Caw Khas KAYM juga mendukung satu dasar dalam membentuk persatuan dimana dasar membantu pelajar melayu dalam menjadi graduan minda kelas pertama yang lengkap dari segi kokorikulum dan kukurikulum. Akhir kata, saya selaku Yang Dipertua GPMS Cawangan Khas KAYM mengucapkan selamat maju jaya dan semoga dapat berkhidmat dengan sebaik mungkin bagi meneruskan kejayaan kepimpinan mantan yang lepas agar GPMS Caw Khas KAYM menjadi cawangan paling berjaya di peringkat Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka malah turut berjaya dalam sejarah GPMS Cawangan Khas.

"Belajar Terus Belajar, Singa Perjuangan Bangsa"
UCAPAN ALUAN YANG DI-PERTUA GPMS CAWANGAN KHAS KAYM

Thursday 27 February 2014

MANTAN YDP MAHASISWA PALING AKTIF 2014

26 Februari 2014
KAYM

Dengan penglibatan yang tidak henti-henti seperti penglibatan program anjuran Silat Cekak, JAPI, SRM, HEP, fasilitator, MC untuk pelbagai program, dan sudah tentu penglibatan dalam GPMS sendiri telah mendorong mantan YDP Ismail Bin Fadzil kepada pengiktirafan selaku Mahasiswa Paling Aktif 2014. Dan sehingga kini, walaupun sudah bergelar mantan YDP, beliau tetap aktif didalam persatuan GPMS.


GPMS CAWANGAN KHAS KAYM DIIKTIRAF PERSATUAN PALING AKTIF DILUAR KAMPUS

26 Februari 2014
KAYM

Pada majlis perasmian Minggu Kelab Dan Persatuan 2014, GPMS Caw Khas KAYM telah diiktifarkan sebagai Persatuan Paling Aktif Diluar Kampus 2014. Dengan lebih 20 program 13/14 seperti program bercorak kesukanan, pembelajaran, islamik, santai dan macam-macam lagi telah menarik perhatian pihak HEP sebelum memutuskan memberikan pengiktirafan kepada GPMS Caw Khas KAYM. Hadiah telah disampaikan kepada Timbalan YDP saudara Meor Mohammad Suhairi pada majlis perasmian tersebut.



MINGGU KELAB DAN PERSATUAN 2014 - JUS TEMBIKAI DARA

24 - 27 Februari 2014
KAYM

Program yang menghimpunkan semua kelab dan persatuan yang berdaftar di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka. Perjualan barang-barang oleh setiap kelab yang terlibat menarik minat pelajar yang mengunjungi gerai-gerai. Antara kelab dan persatuan yang terlibat adalah GPMS, PSSCM, JAPI, ICS, SRM dan lain-lain. Pada kali ini, GPMS telah membuka gerai dengan tarikkan utamanya adalah Jus Tembikai Dara. Penglibatan GPMS bukan sahaja tertumpu pada perjualan, malah Timbalan YDP saudara Meor Mohammad Suhairi turut terlibat dalam persembahan silat sewaktu majlis perasmian. GPMS juga turut diiktiraf sebagai Persatuan Paling Aktif Diluar Kampus 2014 dan mantan YDP saudara Ismail Bin Fadzil turut dianugerahkan sebagai Mahasiswa Paling Aktif 2014.















Thursday 20 February 2014

PROGRAM MAULIDURRASUL 'MALAM CINTA RASUL'

20 Februari 2014
Madrasah Ar-Syakirin
Taman Perkota

Alhamdullilah, sekali lagi GPMS cawangan Khas KAYM terlah Berjaya menjalankan sebuah lagi program berbentuk islamik iaitu program semperna menyambut hari keputeraan Baginda Rasullullah S.A.W atau lebih dikenali sebagai Maulidurrasul. Dengan bertemakan ‘Malam Cinta Rasul’, program ini telah berlangsung pada 20 Februari 2014 bersamaan hari khamis di Madrasah Ar-Syakirin Taman Perkota. Program ‘Malam Cinta Rasul ini sekali lagi melihatkan kerjasama diantara persatuan dengan komuniti Taman Perkota. Sehubungan itu juga, program ini bertujuan untuk merapatkan ukhuwah diantara komuniti dan mahasiswa/siswi GPMS cawangan KAYM. Semoga program yang berkonsepkan Islamik dapat diperbanyakkan lagi dimasa hadapan.

















BENGKEL PEMIMPIN DALAM KELAB DAN PERSATUAN 2014

20 Februari 2014
318 Mini Auditorium
Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka

Bengkel yang mengambil tempat di Mini Auditorium KAYM ini melibatkan semua persatuan yang ada di KAYM. Pada bengkel yang berlangsung pada 20 Februari ini bermula seawal 8 pagi sehingga 4.30 petang. Program ini menitik beratkan mengenai bagaimana untuk hidup dalam sebuah organisasi seperti menjalankan program, menjana dana, dan kepentingan menjelaskan tanggungjawab seseorang yang diamanahkan didalam sesebuah organisasi.







PROGRAM HARI ASYURA DAN BERBUKA PUASA

14 November 2013
Madrasah Ar-Syakirin
Taman Perkota


Alhamdullilah, program ini telah berjalan dengan lancarnya seperti yang diharapkan. Program yang telah dilaksanakan ialah sambungan daripada Program Awal Muharram ‘Permulaan Tahun Islam’ 1435 yang lalu iaitu Program Hari Asyura Dan Berbuka Puasa yang telah dilangsungkan pada 14 November 2013 iaitu pada hari Khamis. Antara objektif program ini dijalankan ialah bagi meraikan sambutan Hari Asyura ataupun lebih dikenali dengan Hari Bubur Asyura. Sehari sebelum hari kejadian berlangsung, pihak penganjur iaitu GPMS telah meminta peserta dan pihak komuniti untuk berpuasa sunat Asyura bagi memeriahkan lagi majlis berbuka puasa. Sehubungan dengan itu, dengan adanya program seperti ini, para mahasiswa/siswi dan komuniti setempat dapat bersama-sama bekerjasama dalam meraikan Hari Asyura dan dapat berbuka puasa bersama-sama. Sehubungan itu juga, program ini bertujuan untuk merapatkan ukhuwah diantara komuniti dan mahasiswa/siswi GPMS cawangan KAYM. Dengan ini, untuk mencapai objektif, maka GPMS cawangan KAYM telah merencanakan sebuah lagi program yang berkonsepkan Islamik kepada peserta dan penduduk komuniti setempat.