Ucapan Pendahuluan Yang Di-Pertua

As'salamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka 752 Tahun, Melaka Maju Fasa II. Seperti yang kita tahu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung atau lebih sinonim dengan nama GPMS merupakan satu badan gabungan yang ditubuhkan bagi memperjuangkan hak orang melayu terutamanya pelajar melayu. GPMS Caw Khas KAYM merupakan sebuah cawangan khas yang diamanahkan untuk melahirkan program-program yang membantu pelajar disamping melahirkan para pemimpin dikalangan pelajar. Sama seperti yang dikatakan oleh mantan Presiden GPMS Kebangsaan Tuan Haji Jais Abdul Karim "GPMS sebenarnya dikenalpasti sebagai gedung untuk melahirkan pemimpin dan untuk itu juga, kami akan meneruskan tradisi melahirkan lebih ramai mahasiswa yang berkebolehan untuk menjadi pemimpin. Malah, kami juga akan memperkasakan pelbagai program di peringkat cawangan bagi memperkuatkan lagi GPMS." GPMS Caw Khas KAYM juga mendukung satu dasar dalam membentuk persatuan dimana dasar membantu pelajar melayu dalam menjadi graduan minda kelas pertama yang lengkap dari segi kokorikulum dan kukurikulum. Akhir kata, saya selaku Yang Dipertua GPMS Cawangan Khas KAYM mengucapkan selamat maju jaya dan semoga dapat berkhidmat dengan sebaik mungkin bagi meneruskan kejayaan kepimpinan mantan yang lepas agar GPMS Caw Khas KAYM menjadi cawangan paling berjaya di peringkat Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka malah turut berjaya dalam sejarah GPMS Cawangan Khas.

"Belajar Terus Belajar, Singa Perjuangan Bangsa"
UCAPAN ALUAN YANG DI-PERTUA GPMS CAWANGAN KHAS KAYM

Wednesday 17 June 2015

UCAPAN RAMADHAN 2015 DARIPADA YANG DIPERTUA DAN TIMBALAN YANG DI PERTUA GPMS CAW KHAS KAYM

18 Jun 2015
Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka



YANG DIPERTUA
MUHAMMAD SYAIFFUL BIN AZAHAR


As'salamualaikum w.b.t. Salam sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Melaka maju negeriku sayang, negeri bandar teknologi hijau, Melaka 751 tahun.

Bulan ramadhan bulan yang mulia. Ramadhan umpama satu institusi pendidikan jiwa yang sangat penting, institusi pendidikan qalbu yang sangat bermakna ya g berasaskan wahyu dan seolah-olah sebuah universiti yang jauh lebih bermakna dalam mendidik keseluruhan ummah untuk membuat muhasabah diri malah juga menuntut penyucian diri dalam mencari keredhaan ALLAH s.w.t melalui pengukuhan sesama insan, hubungan kita dengan alam dan yang terpenting hubungan kita dengan ALLAH s.w.t.
Ramadhan juga mengajar setiap di antra kita untuk saling bantu membantu, saling bekerjasama dalam apa jua keadaan. Dalam erti kata lain sntiasa bersedia dengan apa jua situasi.

Inilah juga yang harus kita aplikasikn dalam membangunkan dan mengukuhkan sesebuah organisasi dengan berteraskan kekuatan gabungan setiap ahli yang ada. Dalam setiap organisasi, setiap orang dan ahlinya tanpa mengira apa jua jawatan nya adalah sama penting. Agama mengajar kita bahawa setiap antra kita adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap apa jua yang dipimpin.
Justeru itu, marilah kita bersama sama meraikan kehadiran
Ramadhan tahun ni untuk kita perbaiki dan meningkatkan kefahaman dan ibarat kita semata mata ikhlas utk mendapatkan redhanya. Antara amalan kebaikan yang boleh kita lakukan sebagai seorang mahasiswa/wi muslim yang beriman adalah sentiasa memperbanyakkan qiamullail, istiqamah, solat tarawikh dan lain-lain bagi mengimarahkn lagi kemeriahan ramadhan tahun ni.

Akhir kalam, saya selaku YDP GPMS KAYM 2015/16 mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat menghadapi ibadah ramadhan kepada semua AMT GPMS KAYM, warga KAYM dan seluruh umat Islam dan saya turut menyeru diri saya dan saudara saudari skalian untuk bersama-sama semoga ramadhan tahun ni dapat memberikan kita peningkatan taqwa kepada ALLAH s.w.t, mendapat rahmat, serta keampunan dari yang Maha-Esa.

TIMBALAN YANG DIPERTUA
NURAINI BINTI RAJAB


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam 1 Malaysia, Saya Nuraini Binti Rajab, selaku Timbalan YDP GPMS caw Khas KAYM ingin mengucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia selamat menyambut bulan ramadhan yang penuh keberkatan dimana nafas menjadi tasbih, tidur menjadi ibadah, doa di ijabah, pahala di lipat ganda. 

Tapi, itu semua tak akan terjadi tanpa maaf tulus dalam keikhlasan dari hati. Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf diatas kesalahan dan kekhilafan antara kita. 

Semoga Allah mempermudahkan dan menerima amal ibadat puasa kita pada tahun ini dengan izin-Nya In syaa Allah. 

Marhaban ya Ramadhan.