Ucapan Pendahuluan Yang Di-Pertua

As'salamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka 752 Tahun, Melaka Maju Fasa II. Seperti yang kita tahu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung atau lebih sinonim dengan nama GPMS merupakan satu badan gabungan yang ditubuhkan bagi memperjuangkan hak orang melayu terutamanya pelajar melayu. GPMS Caw Khas KAYM merupakan sebuah cawangan khas yang diamanahkan untuk melahirkan program-program yang membantu pelajar disamping melahirkan para pemimpin dikalangan pelajar. Sama seperti yang dikatakan oleh mantan Presiden GPMS Kebangsaan Tuan Haji Jais Abdul Karim "GPMS sebenarnya dikenalpasti sebagai gedung untuk melahirkan pemimpin dan untuk itu juga, kami akan meneruskan tradisi melahirkan lebih ramai mahasiswa yang berkebolehan untuk menjadi pemimpin. Malah, kami juga akan memperkasakan pelbagai program di peringkat cawangan bagi memperkuatkan lagi GPMS." GPMS Caw Khas KAYM juga mendukung satu dasar dalam membentuk persatuan dimana dasar membantu pelajar melayu dalam menjadi graduan minda kelas pertama yang lengkap dari segi kokorikulum dan kukurikulum. Akhir kata, saya selaku Yang Dipertua GPMS Cawangan Khas KAYM mengucapkan selamat maju jaya dan semoga dapat berkhidmat dengan sebaik mungkin bagi meneruskan kejayaan kepimpinan mantan yang lepas agar GPMS Caw Khas KAYM menjadi cawangan paling berjaya di peringkat Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka malah turut berjaya dalam sejarah GPMS Cawangan Khas.

"Belajar Terus Belajar, Singa Perjuangan Bangsa"
UCAPAN ALUAN YANG DI-PERTUA GPMS CAWANGAN KHAS KAYM

Saturday, 21 September 2013

MINGGU KELAB DAN PERSATUAN - BOOTH JUALAN GPMS DAN PENDAFTARAN AHLI BARU

25 Februari 2013
KAYM

Hari Pertama

GPMS Caw.Khas KAYM telah terlibat dalam pembukaan booth semperna Minggu Kelab dan Persatuan yang telah dianjurkan oleh Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang diadakan pada setiap tahun di ruang legar berhadapan perpustakaan di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka. Acara tahunan ini telah menarik ramai pengunjung bukan sahaja dikalangan pelajar tetapi turut juga menarik perhatian para kakitangan dan juga pensyarah. Pada hari pertama, booth GPMS telah menarik ramai pengunjung yang tertarik dengan barang-barang yang dipamerkan untuk dijual antaranya pelbagai jenis tudung, pelbagai jenis kerongsang, set pencerahan kulit TIA AMELIA, acara meneka gula-gula dalam balang dan banyak lagi.









26 Februari 2013
KAYM

Hari Kedua

Hari ini merupakan hari kedua GPMS Caw.Khas KAYM membuka booth. Kali ini sambutan sangat meriah dengan pelbagai persembahan di persembahkan. Booth GPMS mendapat ramai pengunjung terutamanya kakitangan perempuan kerana berminat dengan barang yang dijual antaranya tudung dan kerongsang. Kali ini, booth kami telah menambah satu tarikan baru dengan menjual tauhu sumbat dan kami mendapat sambutan yang sangat mengalakkan.













27 Februari 2013
KAYM

Hari Ketiga

Walaupun telah masuk hari ketiga Minggu Kelab dan Persatuan, suasana di ruang legar amat meriah dengan pelbagai persembahan. Tiduk kurang hebatnya di booth GPMS apabila kami telah menyediakan satu tarikan baru yang sangat berbeza dengan gerai yang lain. Iaitu penjualan peralatan Laptop dan perkhidmatan update, format, dan install software. Pengunjung amat tertarik dengan harga yang ditawarkan untuk format laptop yang sangat murah. Ramai pelajar yang datang secara berkumpulan untuk mendaftar sebagai ahli baru GPMS, sekali gus berminat untuk menyertai program yang bakal berlangsung di Sungai Rambai dan juga Kelas Oh, My Tajwid yang sangat memberangsangkan. 












28 Februari 2013
KAYM

Hari Keempat

Sudah masuk hari keempat dalam Minggu Kelab dan Persatuan. Booth GPMS masih beroperasi seperti biasa dan AMT yang lain masih lagi setia untuk hadir ke booth GPMS bagi memeriahkan booth. Pengunjung pada hari keempat mula berkurang tetapi ia tidak mematahkan semangat semua AMT di booth GPMS untuk bersama-sama menjaga booth.






1 comment:

  1. Assalamualaikum,

    bagaimana nak buat kerjasama dgn GPMS ni?
    sape bole saya berhubung?

    ReplyDelete