Ucapan Pendahuluan Yang Di-Pertua

As'salamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka 752 Tahun, Melaka Maju Fasa II. Seperti yang kita tahu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung atau lebih sinonim dengan nama GPMS merupakan satu badan gabungan yang ditubuhkan bagi memperjuangkan hak orang melayu terutamanya pelajar melayu. GPMS Caw Khas KAYM merupakan sebuah cawangan khas yang diamanahkan untuk melahirkan program-program yang membantu pelajar disamping melahirkan para pemimpin dikalangan pelajar. Sama seperti yang dikatakan oleh mantan Presiden GPMS Kebangsaan Tuan Haji Jais Abdul Karim "GPMS sebenarnya dikenalpasti sebagai gedung untuk melahirkan pemimpin dan untuk itu juga, kami akan meneruskan tradisi melahirkan lebih ramai mahasiswa yang berkebolehan untuk menjadi pemimpin. Malah, kami juga akan memperkasakan pelbagai program di peringkat cawangan bagi memperkuatkan lagi GPMS." GPMS Caw Khas KAYM juga mendukung satu dasar dalam membentuk persatuan dimana dasar membantu pelajar melayu dalam menjadi graduan minda kelas pertama yang lengkap dari segi kokorikulum dan kukurikulum. Akhir kata, saya selaku Yang Dipertua GPMS Cawangan Khas KAYM mengucapkan selamat maju jaya dan semoga dapat berkhidmat dengan sebaik mungkin bagi meneruskan kejayaan kepimpinan mantan yang lepas agar GPMS Caw Khas KAYM menjadi cawangan paling berjaya di peringkat Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka malah turut berjaya dalam sejarah GPMS Cawangan Khas.

"Belajar Terus Belajar, Singa Perjuangan Bangsa"
UCAPAN ALUAN YANG DI-PERTUA GPMS CAWANGAN KHAS KAYM

Saturday, 21 September 2013

SEKILAS PENGLIBATAN GPMS CAW KHAS KAYM DI DALAM AKHBAR

GPMS caw Khas KAYM membawa nama kampus dimata masyarakat

Program Membentuk Anak Bangsa Yang Gemilang (Melaka Hari Ini)


Program Pengisytiharaan Kemerdekaan Kembara Memorial 1 Malaysia (Melaka Hari Ini)


Program Wacana 153 (Melaka Hari Ini)


Penubuhan Akedemik Kepimpinan GPMS caw Khas Kaym (Melaka Hari Ini)


Kejohanan Futsal Tertutup Futsal Sport Planet Cheng (Metroplus)


Kejohanan Futsal Tertutup Futsal Sport Planet Cheng (Berita Harian)


Kelab Pelajar Disaran Memiliki Dana Kewangan - GPMS Caw Khas KAYM Sebagai Role Model Kelab Dan Persatuan Lain (Melaka Hari Ini)


GPMS Cawangan KAYM Edar Topeng Penutup Hidung Berikutan Jerebu (Melaka Hari Ini)

GPMS Cawangan KAYM dengan kerjasama Kelab Bimbingan Siswa ICYM mendekati 
Anak Yatim Al-Tam (Melaka Hari Ini)





No comments:

Post a Comment