Ucapan Pendahuluan Yang Di-Pertua

As'salamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka 752 Tahun, Melaka Maju Fasa II. Seperti yang kita tahu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung atau lebih sinonim dengan nama GPMS merupakan satu badan gabungan yang ditubuhkan bagi memperjuangkan hak orang melayu terutamanya pelajar melayu. GPMS Caw Khas KAYM merupakan sebuah cawangan khas yang diamanahkan untuk melahirkan program-program yang membantu pelajar disamping melahirkan para pemimpin dikalangan pelajar. Sama seperti yang dikatakan oleh mantan Presiden GPMS Kebangsaan Tuan Haji Jais Abdul Karim "GPMS sebenarnya dikenalpasti sebagai gedung untuk melahirkan pemimpin dan untuk itu juga, kami akan meneruskan tradisi melahirkan lebih ramai mahasiswa yang berkebolehan untuk menjadi pemimpin. Malah, kami juga akan memperkasakan pelbagai program di peringkat cawangan bagi memperkuatkan lagi GPMS." GPMS Caw Khas KAYM juga mendukung satu dasar dalam membentuk persatuan dimana dasar membantu pelajar melayu dalam menjadi graduan minda kelas pertama yang lengkap dari segi kokorikulum dan kukurikulum. Akhir kata, saya selaku Yang Dipertua GPMS Cawangan Khas KAYM mengucapkan selamat maju jaya dan semoga dapat berkhidmat dengan sebaik mungkin bagi meneruskan kejayaan kepimpinan mantan yang lepas agar GPMS Caw Khas KAYM menjadi cawangan paling berjaya di peringkat Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka malah turut berjaya dalam sejarah GPMS Cawangan Khas.

"Belajar Terus Belajar, Singa Perjuangan Bangsa"
UCAPAN ALUAN YANG DI-PERTUA GPMS CAWANGAN KHAS KAYM

Saturday, 21 September 2013

PROGRAM SELAMI DUNIA BARU III JOM KE LANAI SUNGAI RAMBAI SANTAI ILMIAH

16 March 2013
Laman Belia 1 Malaysia
Sungai Rambai

Program Jom Ke Lanai Sungai Rambai Santai Ilmiah telah berlangsung pada 16 March di Sungai Rambai, Melaka. Terdapat pelbagai aktiviti telah di langsungkan antaranya aktiviti Senam Aerobik, Sukaneka dan aktiviti utama yang menjadi tarikan program adalah aktiviti berkayak. Kesemua peserta dan juga ahli jawatan kuasa telah mengambil bahagian dengan aktiviti ini yang mengutamakan santai dan kekeluargaan. Aktiviti ini juga telah berjaya menaikkan nama Sungai Rambai dikalangan pelajar Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka yang berasal dari luar melaka.









No comments:

Post a Comment