23 - 26 Januari 2014
Paloh Inai
Pekan Pahang
Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah S.W.T kerana telah berjaya menyertai dan menjayakan Misi Sukarelawan yang bertempat di Paloh Inai, Pekan Pahang pada 23 sehingga 26 Januari yang lalu. Misi berlangsung selama 4 hari 3 malam dengan disertai hampir 100 orang peserta dari Johor, Melaka dan Selangor. Seramai 40 orang wakil dari GPMS Caw Khas KAYM turut serta didalam misi bantuan banjir ini. Misi sukarelawan telah dirasmikan oleh Encik Kamal, Pengarah Misi Sukarelawan ini sendiri. Kesemua peserta yang terlibat telah ditempatkan di Kem Force 136, Rejimen 505 Askar Wataniah Pekan Pahang. Antara aktiviti yang dijalankan adalah mengecat, mencuci dan membersihkan kawasan sekitar Sekolah, Klinik dan Surau.
No comments:
Post a Comment