Ucapan Pendahuluan Yang Di-Pertua

As'salamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka 752 Tahun, Melaka Maju Fasa II. Seperti yang kita tahu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung atau lebih sinonim dengan nama GPMS merupakan satu badan gabungan yang ditubuhkan bagi memperjuangkan hak orang melayu terutamanya pelajar melayu. GPMS Caw Khas KAYM merupakan sebuah cawangan khas yang diamanahkan untuk melahirkan program-program yang membantu pelajar disamping melahirkan para pemimpin dikalangan pelajar. Sama seperti yang dikatakan oleh mantan Presiden GPMS Kebangsaan Tuan Haji Jais Abdul Karim "GPMS sebenarnya dikenalpasti sebagai gedung untuk melahirkan pemimpin dan untuk itu juga, kami akan meneruskan tradisi melahirkan lebih ramai mahasiswa yang berkebolehan untuk menjadi pemimpin. Malah, kami juga akan memperkasakan pelbagai program di peringkat cawangan bagi memperkuatkan lagi GPMS." GPMS Caw Khas KAYM juga mendukung satu dasar dalam membentuk persatuan dimana dasar membantu pelajar melayu dalam menjadi graduan minda kelas pertama yang lengkap dari segi kokorikulum dan kukurikulum. Akhir kata, saya selaku Yang Dipertua GPMS Cawangan Khas KAYM mengucapkan selamat maju jaya dan semoga dapat berkhidmat dengan sebaik mungkin bagi meneruskan kejayaan kepimpinan mantan yang lepas agar GPMS Caw Khas KAYM menjadi cawangan paling berjaya di peringkat Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka malah turut berjaya dalam sejarah GPMS Cawangan Khas.

"Belajar Terus Belajar, Singa Perjuangan Bangsa"
UCAPAN ALUAN YANG DI-PERTUA GPMS CAWANGAN KHAS KAYM

Wednesday, 28 October 2015

PERTANDINGAN PAINTBALL "MODERN OF WARFARE"

                                                              25 OKTOBER 2015
                                        JALAN SOLOK BUKIT BAYAN, BUKIT KATIL
                                                                     MELAKA

Pada hari ahad yang lepas, Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka telah mengadakan satu pertandingan Paintball yang bertempat di Flashpoint Paintball Park, Melaka. Pertandingan ini bermula dari pukul 9 pagi dan tamat pada 2 petang ini telah disertai sebanyak 4 kumpulan dari Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka yang terdiri daripada wakil Aeronautic Development Center KAYM, Majlis Perwakilan Pelajar KAYM, Karate-Do dan seorang wakil dari Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Cawangan Khas KAYM yang bergabung dengan Kelab Badminton KAYM dimana pertandingan tersebut dimenangi oleh wakil dari ADC KAYM.











No comments:

Post a Comment